6 Tips Menjadi Muslim Terbaik 2016

Bismillah. Apa Khabar Semua? Hari ini saya kembali lagi untuk sembang-santai 6 Tips Menjadi Muslim Terbaik 2016. Sebagaimana kita tahu bahawa Umat Islam pada zaman kini ibarat buih di lautan bahkan kita selalu menjadi mangsa fitnah oleh musuh-musuh islam.

Namun demi mengharungi cabaran dunia ini, Jiwa & Hati kita perlu 'sado'. Sado yang bagaimana? otot berketak-ketak ke? atau 'fit' sepanjang masa?. Benar, perlu juga tetapi yang lebih utama adalah sado hati. Nah, sebab itu sembang kita dinamakan  Menjadi Muslim yang Terbaik.



Jom Jadi Muslim yang Diredhai Allah

________________________________________________________________________________

Di bawah ini beberapa Tips & Tricks menjadi Muslim yang Bertaqwa di mana kita boleh amalkan sama-sama. Jadi? jom mula.


tips-tricks-menjadi-muslim-terbaik-2016

Klik link yang bewarna Merah di bawah untuk Mendapat Info Terbaik






1] Menjaga Solat Pada Waktunya
______________________________________________________________________________


Solat merupakan hadiah daripada Allah yang terbesar buat Umat ini. Bahkan padanya kita akan mendapat ketenangan jika dilakukan dengan khusyuk. Tambahan dengan bersolatlah kita dapat merapatkan diri kita dengan Allah. Beza antara Muslim dan Kafir adalah pada Solatnya.


solat-merupakan-hadiah-dari-Allah


Bagaimana Caranya supaya Mudah Untuk Solat? :


+ Anda perlu tahu Mengapa Perlu Solat supaya dengan ilmu ini bertambah lagi keyakinan kita bahawa Solat itu Terbaik..

+ Ajak kawan-kawan untuk Solat bersama. Kadang-kala apabila ramai kawan baru syok solat. lepastu 'mengeteh' la pulak.

+ Jika Solat Subuh, 'confirm'lah kena tidoq awal kan..?



2] Berusaha Menjauhkan diri Melakukan Maksiat
_______________________________________________________________________________________


Maksiat merupakan perkara yang menjauhkan diri kita dari Allah. Oleh itu, berusahalah sedaya upaya untuk jauhinya. Maksiat dan Ketaatan mustahil boleh bercampur, Ibarat Api dan Air. Maka, apabila 'terserempak' dengan Maksiat lari cepat-cepat, takut kita pula tersungkur.


lari-dari-melakukan-maksiat-lari-dan-tinggalkan


Bagaimana Cara Hindar dari Maksiat ? :

+ Kenapa perlu Lari dari maksiat?? supaya Kita Boleh Tinggalkan Maksiat. Lari & Tinggal.


+ Lakukan Solat Fardhu & Sunat dengan Khusyuk tanpa Lalai. Kenapa?
jom baca Surah Maryam : Ayat 59

+ Berusaha untuk mengurangkan medium-medium yang menghampirkan diri kepada Maksiat.

+ Lakukan Aktiviti yang bermanfaat bersama kawan-kawan, main bola ke? chess? dota? . Maksudnya sibukkan diri dengan aktiviti bermanfaat.




3] Mengajak kepada Kebaikan Mencegah Kemungkaran 
_______________________________________________________________________________

Kawan yang Baik. Semestinya kawan yang ingin sama-sama masuk Syurga. Mengajak kepada kebaikan Mencegah Kemungkaran mengundang Redha Allah. Redha Allah mengundang ke Syurga, Insya-Allah.


mengajak-kebaikan-dan-mencegah-kemungkaran


Bagaimana Caranya? :

+ Sebelum kita Mengajak & Mencegah kawan-kawan atau sesiapa. Kita mesti berusaha menjadi orang yang pertama Buat Baik dahulu

+ Mengajak & Mencegah dengan cara yang Hikmah. 

+ Mengajak & Mencegah dimulakan dengan Diri sendiri, Keluarga dan Masyarakat.




4] Mencontohi Nabi Muhammad 
______________________________________________________________________________________

Nabi Muhammad adalah sebaik-baik tauladan buat Semua. Bermula dari pengurusan diri sendiri, komunikasi, pembelajaran, jual-beli dan lain-lain. Maka kita Seharusnya mencontohi baginda.


nabi-muhammad-adalah-sebaik-baik-ikutan


Bagaimana Caranya ? :

+ Dengan meniru Amalan Nabi Muhammad dalam pelbagai aspek.

+ Perbanyyakkan baca kisah riwayat Hidup Nabi Muhammad

+ Mengikut para Sahabat Nabi kerana mereka paling hampir 





5] Menghormati Kedua Ibu Bapa
_______________________________________________________________________________

Ibu bapa merupakan dua insan yang perlu dihormati. Redha Allah terletak pada Redha kedua orang tuannya. Ibu Bapa merupakan aset yang paaaling bernilai. Jika mereka pergi Siapa lagi akan mendoakan kita?

redha-Allah-terletak-pada-redha-ibubapa


Bagaimana Caranya?


+ Patuh dan Ikut dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan Islam

+ Perlahankan Suara ketika berbual bersama mereka

+ Jaga hati kedua-duanya, dengan selalu bertanyakan Khabar




6] #SyukurSelalu dalam Mengecapi Nikmat Allah
___________________________________________________________________________

Sentiasa bersyukur apabila doa diperkenankan atau Tidak kerana Allah lebih mengetahui 'the best for you' . Hakikatnya setiap masa kita merasai Nikmat Allah; bernafas, mempunyai Ibu Bapa, dapat berjalan, dicintai atau mencintai dan lain-lain. Bersyukurlah.


hakikatnya-kita-merasai-nikmat-Allah


Bagaimana Cara #SyukurSelalu?

+ Bersyukur pada Allah dengan mengucapkan : Alhamdulillah.

+ Tanda kita bersyukur dengan bersedekah; membantu orang yang memerlukan

+ Berdoa kepada Allah supaya sentiasa bersyukur dalamapa jua keadaan.





Kata Akhir 6 Tips & Tricks Menjadi Muslim Terbaik 2016

.....................................................................................................................................................................

Sepertimana yang saya sebutkan di atas ini 6 Tips & Tricks Menjadi Muslim Bertaqwa 2016 dan saya harap anda semua seronok dengan artikel ini. Saya tahu sebenarnya banyak lagi Tips yang lain dan Insya-Allah saya akan 'post' kannya di dalam blog kita ini. Ini hanyalah permulaan bagi siri Menjadi Muslim Terbaik 2016.

Jika kamu suka artikel ini, jangan lupa untuk Tinggalkan Komen di ruangannya dan Share supaya sama-sama beroleh manfaat. Terima kasih, semoga Hari yang baik buat anda!


-Syed Qusyairi


Aku ingin Bertaubat?


Bismillah, Apa Khabar? mudah-mudahan sihat dan sentiasa bersemangat dalam meniti kehidupan seorang Muslim. Insya-Allah. Sebelum kita belayar lebih jauh, Jom tonton 'Short Video' kami sedikit sebanyak menceritakan entri ini. Haa..ubah 'quality' video untuk gambar yang leebih cantik. Layan~  

link : www.youtube.com/watchv=ngB7WvTFMZM.

Mencari Ketenangan


Pernah tidak kadang-kala kita tercari-cari 'Ketenangan'? buat apa-apa pekerjaan serba-serbi tak kena. Makan, Tidur, Menyanyi, 'Hangout' dengan kawan, Lepak, Tengok Movie.. Ishh semualah. Ada je tak tenteram. Kan?. Kita ingat dah buat apa-apa sejuk la sikit dalaman ini. Tapi  sekejap je pastu datang balik. Apa nak buat ini??


| Ibarat Dapat Surat Dari Seseorang yang 'Special' Cuma kita Keliru Siapa Pengirimnya



Alhamdulillah kalau ada kesedaran begini. Tahniah awak, bukan semua orang dapat 'feel' begini. Ibarat seperti dapat surat dari seseorang yang 'special' cuma kita tidak tahu siapa pengirimnya. Hurmm. Sebab itu, ucapan tahniah ini selayaknya.

Perit kan rasanya. Seolah-olah dalam diri ini ada 'something' yang hilang. Hanya mereka yang rasa je tahu, tidur tak lena, termenung seorang-seorang, suka menyendiri dll. Macam mana tahu ni?? pernah rasa awak. Sekarang pon. 

Sehingga satu masa terdetik di Hati...

*Aku ingin Bertaubat...*

Benar hanya dengan bertaubat mengingati Allah dapat menenangkan hati ini. Sebenarnya jika kita ada lintasan di atas ini. Cepat-cepat ambil wudhu' solat dua rakaat. Sebab apa? lintasan ini benar-benar dari Allah. Paling 'simple' terus ber'istighfar'. Astaghfirullah hal 'Azhimm. 

Lintasan itu, merupakan surat yang paaaaling 'special'. Bahkan kalau bole waktu-waktu kita senang mahupun susah nak juga. Tak begitu?. Bayangkan kalau surat 'Urusan Seri Paduka Baginda' pun kita dah senyum sampai nampak gusi. Inikan pula surat Pemilik Makhluk itu sendiri. 


| Dia (Allah) Menyeru Kamu supaya Dia Dapat Mengampunkan Dosa-Dosa Kamu - Surah Ibrahim : Ayat 10 



Allah menyeru kita. Dengan cara?? pelbagai. Lintasan Hati, Selepas dengar ceramah, Selepas tonton video, Selepas kena 'sound' dll. Sebab itu, kita perlu ambil peeluang ini. Iyela kita pon tidak 'confirm' bila akan datang lagi perasaan ini. Kann? Baik 'Grab' dulu..hehe

" Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan dosa kemudian dia menyesal dengan berkata : Wahai Tuhanku (Allah) aku telah melakukan dosa, Maka ampunilah aku, tiada sesiapa yang dapat mengampunkan melainkan Engkau Allah. 

Berkata Nabi : Maka Allah *berfirman ; Hambaku tahu bahawa baginya Tuhan Pengampun dosa dan Pengangkatnya (dosa itu); Saksikanlah bahawa Sesungguhnya Aku (Allah) telah mengampunkan dia.

Kemudia hamba itu lakukan lagi dosa dia kedua dan ketiga kali (kemudian bertaubat) , Lantas Allah *berfirman pada setiap kalinya seperti itu. Kemudian berkata : lakukan apa yang kamu inginkan, Sesungguhnya Aku mengampuni kamu ( selagi mana kamu bertaubat) " - Sahih Al-Jami', disahihkan oleh Albani.


- Syed Qusyairi

Dakwah | Kita, Kamu dan Dia

dakwah-kita-kamu-dia



Bismillah. Assalamu’alaikum warahmatullah semua. Apa khabar ‘Iman’? Masih bertenaga? Jom, Jom ke Syurga? hehe. Entri yang lepas kita lepak di kedai ‘mamak’. Haaa, kali ini dekat mana pula ye? McDooonald?? Alamak dah lama puasa Mcdonald ni, hehe. Apa kata kita pergi Uptown D’Kota? sambil-sambil boleh dakwah sekali kann.


Alright. Kali ini kita berkongsi-kongsi tentang ‘Dakwah’. Seperti biasa kita bahagikan kepada beberapa ‘Anak Topic’, supaya Apa? suu pa ya ‘talk’ kita lebih spesifik, efektif dan teratur gituuu.

i.                    Amende Dakwah ni bro?
ii.                  Aku pun terlibat ke?
iii.                Okla, bagaimana cara?


Amende ‘Dakwah’ ni bro?

Rilek bro sis. Sebelum kita makan lebih banyak, kan cantek kita kenali dahulu perkataan ‘Dakwah’.

‘Dakwah’ merupakan perkataan dari Bahasa Arab yang bermaksud = Ajakan / Seruan. Kelebihan Bahasa Arab ini maksud sesuatu perkataan itu adalah fleksibel banyak. Dalam ‘talk’ kita ini amatlah  sesuai dengan maksud ‘Ajakan’ .

Bagaimana bro sis, ada faham sikit maksud ‘Dakwah’?? Ok saya gerenti lepas ini akan lebih faham ,Insya-Allah. Secara Asasnya dalam agama Islam, Dakwah itu =  Mengajak manusia ke jalan Allah serta meninggalkan larangan-Nya.


Dakwah itu bukan Menyuruh Masyarakat , tetapi Mengajak mereka berbuat Soleh


Bro sis, skop ‘Jalan Allah’ itu tersangatlah luas selagi mana kita mengajak ke arah KEBAIKAN dan meninggalkan Larangan Allah, selagi itulah termasuk dalam ‘Jalan Allah’ contoh : ajak solat, ajak buat baik, ajak ‘talk’ tentang ilmu, ajak tinggalkan dosa, ajak insaf dan lain-lain.

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam: berdakwah dll.), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan RAHMAT ALLAH. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[AlBaqarah : 218]


Aku pun terlibat ke?

‘Dakwah’ ini merupakan satu ‘platform’ yang luas dan terbuka bukan hakmilik sesuatu kelompok. Bahasa mudahnya, Jika anda seorang Islam maka anda layak untuk berdakwah. Mungkin antara kita ada yang kata : Layakkah Aku?? Mampu ke? .

Insya-Allah kita mampu. Kentalkan hati bro sis. Kita boleh berdakwah kepada sesiapa sahaja. Bahkan kita boleh berdakwah kepada Keluarga terdekat dengan cara yang simple-mimple  seperti : “Ajak Solat”
Jom kita hayati Mutiara Kata dari Allah!

Firman Allah :


قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (berdakwah kepada kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik".”

(Q.S. Yusuf [12]: 108)


Pernah tak?? Sebenarnya kita nak ajak ‘membe’ buat baik tapi tiba-tiba hadir di hati kita takut berdakwah, malu : “aku pun buat dosa jugak” , rasa tidak cukup baik untuk berdakwah, takut tentangan dan lain-lain. Percayalah sebenarnya kita mampu tapi bisikan ‘syaitan’  yang menjadikan kita ragu-ragu.

Solusinya => perbaharui NIAT. Jom kita hayati perbualan A & B di bawah ini :

A : Sebab apa Niat ini penting eh?
B : Pentingnya Niat ini kerana ia merupakan elemen penting dalam Ibadah , dalam keadaan ko ni ‘Dakwah’ juga salah satu Ibadah.
A : Ooo, kiranya pentingla ye.
B : Ko penah tengok orang hidup tapi ‘Jantung’ dia tak hade?
A :  Uihh tak penah bro. Zombie tuh.
B : Haa, begitula jugak dengan Niat ini ibarat Jantung dalam Ibadah.
A : haha, ha’ah la betul gak


“ Sesungguhnya setiap perbuatan dimulai dengan Niat “ – Sahih Bukhari & Muslim

Info : Niat terletak di hati. Ia merupakan keazaman untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah.


Okla, bagaimana cara?

Dalam dunia Dakwah ada banyak cara supaya ajakan dan seruan kita sampai kepada masyarakat. Jika diperhati ada pendakwah menggunakan pendekatan => cool, tegas, selingan lawak, dll. Melalui penulisan mhupun percakapan mengikut kesesuaian. Pendekatan mereka mungkin berlainan tapi matlamat mereka sama : mengembalikan masyarakat kepada Allah.


Sebaik-baik gaya dakwah adalah gaya dakwah Nabi Muhammad


Dakwah Nabi Muhammad ialah dakwah yang menepati Al-Quran. Baginda berdakwah dengan melihat kondisi masyarakat , bermaksud ‘gaya’ dakwah nabi terhadap Orang tua, Muda dan Kanak-kanak semuanya berbeza-beza. Saya tidak berniat untuk menyentuh banyak tentang ‘Gaya Dakwah Nabi Muhammad’, Insya-Allah akan datang. Gaya dakwah Nabi ini disebut sebagai “ bil Hikmah wal Mau’izhotul Hasanaatt ” = dengan berhikmah dan nasihat yang baik.

Jom hayati Mutiara kata dari Allah!



ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ  وَ الْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan Hikmah dan Nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Q.S. An-Nahl [16]:125)

Dakwah dengan Hikmah =>  dakwah dengan memberi perhatian yang teliti terhadap keadaan dan suasana yang melingkungi para mad’u (orang-orang yang didakwahi), juga memperhatikan bahan dakwah yang sesuai dengan kadar kemampuan mereka dengan tidak memberatkan mereka sebelum mereka bersedia untuk menerimanya. Metode ini juga memerlukan cara berbicara dan berbahasa yang santun dan lugas. Sikap ghiroh yang berlebihan serta terburu-buru dalam meraih tujuan dakwah sehingga melampaui dari hikmah itu sendiri, lebih baik dihindari oleh seorang pendakwah. – sumber Arrahmah.com

Dakwah dengan Mau’izhotul Hasanaat => dakwah dengan pengajaran yang meresap hingga ke hati para mad’u. Pengajaran yang disampaikan dengan penuh kelembutan akan dapat melunakkan kerasnya jiwa serta mencerahkan hati yang kelam dari petunjuk agama. Pada beberapa da’i, ada yang masih saja menggunakan metode dakwah yang bersalahan dengan hal ini, yaitu dengan cara memaksa, sikap yang kasar, serta kecaman-kecaman yang melampaui batas syar’i. – sumber Arrahmah.com

Pada permulaan ini cukup dahulu dengan Dua cara dakwah iaitu:

i.             Dakwah dengan Hikmah
ii.           Dakwah dengan Mau’izhotul Hasanaat


Akhir Kalam : kerja dakwah ini bukan kerja yang mudah, ia memerlukan sokongan, dokongan dan motivasi yang tinggi. Namun keletihan dan kepenatan yang dirasai, Insya-Allah akan berhasil dan memperolehi Rahmat dan Nikmat dari Allah kelak. Berdakwah bukan inginkan Nama, Berdakwah inginkan Redha Allah dan kebaikan buat Ummat ini.


Wa-Allahu'alam